Kelas Pengenalan Kepada Augmented Reality

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Augmented Reality (Melayu: Realiti Tertambah atau Realiti Yang Ditambah) adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer di mana objek visual janaan komputer akan di tambah pada pemandangan dunia sebenar yang kelihatan di skrin paparan. Hasilnya pengguna yang memandang dunia sebenar melalui skrin komputer akan mendapati seolah-olah wujud berbagai objek lain lagi selain dari realiti sedia ada.

Dalam kelas ini, peserta diberikan satu lukisan yang perlu diwarnakan menggunakan pensel warna. Selepas siap, menggunakan aplikasi Quiver, peserta dapat melihat hasil warna mereka hidup.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali